ATHENS: Gempa bumi dengan bacaan awal 6.0 magnitud direkodkan di barat laut pulau Crete di Greece hari ini, kata Pusat Gempa Bumi Eropah-Mediterranean (EMSC) dan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
EMSC berkata, ia direkodkan pada kedalaman 56 kilometer antara kepulauan Crete dan Kythera. Tiada laporan kerosakan diterima.
Semalam, sekurang-kurangnya 21 maut di Albania apabila negara itu dilanda gempa bumi berukuran 6.4, paling kuat berlaku di negara Balkan itu dalam masa beberapa dekad. — Reuters
Sumber : Gempa bumi 6.0 landa Greece
0 Comments