SINGAPURA: Gempa bumi berukuran magnitud 6.3 menggegarkan negeri Chiapas di selatan Mexico semalam, menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Tiada laporan kematian atau kerosakan diterima susulan gempa bumi itu, yang berlaku pada kedalaman 26 kilometer dan pada jarak 120 kilometer ke wilayah Suchiate di barat negeri itu.
Terdahulu, Pusat Gempa Bumi Mediterranean-Eropah meletakkan gempa itu berukuran magnitud 6.2. - Reuters
Sumber : Gempa bumi magnitud 6.3 landa selatan Mexico
0 Comments