NSTP ungguli Anugerah Penang Hijau 2019

GEORGETOWN: Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) merangkul lima anugerah pada Majlis Anugerah Kewartawanan Penang Hijau 2019 di sini, malam ini.

Ia sekali gus menjadi agensi yang paling banyak memenangi anugerah pada majlis berkenaan.

Wartawan Audrey Dermawan dari akhbar News Straits Times (NST) memenangi dua anugerah iaitu Pelaporan Berita Istimewa Bahasa Inggeris dan Penulisan Rencana Cemerlang Bahasa Inggeris.

Wakil dari Harian Metro, Zuhainy Zulkiffli pula memenangi Anugerah Pelaporan Berita Cemerlang Bahasa Melayu menerusi artikel ‘Usah dera alam’ manakala Mikail Ong Abdullah (NST) dan Mohamad Danial Saad (Berita Harian) masing-masing di tempat kedua dan ketiga Anugerah Foto Kewartawanan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (tengah) beramah mesra dengan kakitangan NSTP yang memenangi anugerah, dari kanan Danial Saad, Mikail Ong Audrey Dermawan, Zuhainy Zulkiffli selepas memyampaikan hadiah pada Majlis Anugerah Kewartawanan Penang Hijau 2019 di Hotel Wembley. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

Hadiah disampaikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan pemenang menerima wang tunai serta sijil penghargaan.

Anugerah Penang Hijau 2019 yang memasuki tahun keenam penganjurannya, diadakan oleh Penang Green Council (PGC) bagi meraikan pihak yang menghargai kepentingan alam sekitar, selain menggalakkan masyarakat menyayangi kelestarian hijau.



Sumber : NSTP ungguli Anugerah Penang Hijau 2019

Post a Comment

0 Comments