Hari Tu Janji Selepas Raya Tapi Sekarang Senyap. Jgn Buat Macam Ni, Kami Pun Nak Cari Makan

Lepas dua bulan lebih sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, golongan di dalam industri hiburan antara yang paling terjejas.

Ini kerana pelbagai aktiviti seni seperti penggambaran dan konsert terpaksa dihentikan atau ditunda.

Sejak itu pelbagai rungutan timbul dari mereka yang mencari rezeki sebagai artis atau kru, kerana terpaksa menggunakan wang simpanan bagi perbelanjaan harian.

Terkini, penggiat seni terus mendesak agar kerajaan segera mengeluarkan garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi meneruskan penggambaran drama dan filem seperti dijanjikan.

Ini kerana sejak PKP diperkenalkan, ramai penggiat seni terutama mereka yang bekerja di belakang tabir terputus sumber kewangan bagi menyara kehidupan.

Malah ada diantaranya terpaksa meraih simpati persatuan seni untuk mendapatkan keperluan makanan selain terdapat diantaranya tidak mampu membayar sewa rumah.

Janji lepas raya..tapi sekarang senyap..

” Kami mendesak agar kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan segera SOP untuk penggiat belakang tabir melakkan penggambaran.

” Hari tu janji (membenarkan penggambaran) selepas raya… tapi sekarang senyap. Jangan buat kami macam ni. Kami pun nak cari makan,”

Demikian kata-kata Presiden, Persatuan Sutradara Malaysia (Fdam) Ahmad Ibrahim (gambar atas).

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekata, mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju membenarkan aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata kebenaran aktiviti penggambaran akan bermula selepas perayaan Aidilfitri dan pihak produksi perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu Ahmad Ibrahim berkata, ketika ini terdapat lebih 40 syarikat produksi melibatkan kira-kira 850 kru dan artis sedang menanti SOP daripada kerajaan untuk meneruskan penggambaran yang tertangguh.

Sejak PKP dilaksanakan, segelintir penggiat seni melalui kehidupan sukar. Gambar hiasan.

Ada diantara mereka ‘hampir kebulur’..

Selain itu terdapat juga 70 syarikat produksi lain yang baharu hendak memulakan penggambaran.

” Melihat kepada situasi ini, Fdam berterusan menerima desakan dan aduan daripada ahli-ahli serta penggiat seni bagi mendapatkan kebenaran dan pelepasan agar penggambarn boleh diteruskan.

” Seluruh penggiat seni berada dalam dilema untuk melakukan kerja mereka demi kelangsungan hidup.

” Ada diantara mereka ‘hampir kebulur’ dan tidak mampu membayar sewa rumah kerana hilang sumber pendapatan,” katanya.

Justeru beliau turut meminta Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baharu, Zakaria Abdul Hamid agar memainkan peranan supaya SOP yang dijanjikan itu dapat segera dikeluarkan.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments