Jersi United bukan lagi macam 'tempat duduk bas'

MANCHESTER: Penyokong Manchester United lega selepas melihat jersi di laman sendiri pasukan itu yang 'bocor' di laman media sosial.

Jersi yang 'bocor' sebelum ini dengan reka bentuk 'tempat duduk bas' jelas merisaukan penyokong namun perkembangan terbaharu di FootyHeadlines menyaksikan pasukan itu memilih reka bentuk lebih ringkas.

Jersi baharu itu didominasi dengan warna merah selain tiga 'calit' Adidas di setiap bahu jersi membuatkan penyokong United tampak berpuas hati dengan rekaan terbabit.

Menerusi Twitter, seorang penyokong berkata 'ya, rekaan yang ringkas dan bukannya tempat duduk bas!'

Seorang lagi berkata 'jersi ini sekurang-kurangnya lebih baik daripada rekaan tempat duduk bas.'

Seorang lagi pengguna Twitter turut berpandangan sama apabila berkata 'ini jauh lebih baik daripada rekaan yang dipaparkan sebelum ini.'

Seorang penyokong berkata 'kenopa ada orang katakan jersi ini membosankan? Ringkas lebih baik. Jersi ini memang ada kelas.'

Seorang lagi penyokong berkata 'rekaan tempat duduk bas itu memang menakutkan kita semua.' - Agensi



Sumber : Jersi United bukan lagi macam 'tempat duduk bas'

Post a Comment

0 Comments