” Saya memang rasa tak selesa apabila loceng pintu pagar berbunyi seawal pagi pada raya pertama baru-baru ini.
” Kemudian, dengar pula suara kanak-kanak cakap nak raya! nak raya!,”
Demikian kata penyanyi Datuk Awie mengenai pengalamannya berdepan situasi sekumpulan kanak-kanak yang datang berkunjung ke rumahnya pada 1 Syawal lalu.
Menurut Awie, anaknya terpaksa keluar menemui kumpulan kanak-kanak itu untuk minta maaf dan memberitahu mereka bahawa tidak menerima tetamu.
Pelik ibu bapa selamba bagi anak keluar
” Saya pelik bagaimana ibu bapa boleh biarkan anak-anak mereka keluar dalam situasi berbah4ya pandemik COVlD-19 begini.
” Saya pun tak tahu dari mana datangnya kumpulan kanak-kanak itu dan beraninya ibu bapa benarkan anak mereka keluar beraya.
” Saya minta maaf banyak-banyak kerana perlu tegas dalam perkara ini,” katanya.
Menurut Awie untuk raya kali ini, dia memang betul-betul akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diarah kerajaan.
” Saya pun raya di rumah sendiri dan hanya pergi beraya rumah kakak. Pada hari raya pertama, rumah saya dikunjungi oleh adik beradik sahaja.
Risau ada orang repot polis
” Manakala pada raya kedua, ada kawan-kawan datang bertandang tapi yang betul-betul rapat sahaja.
” Saya tak nak terima ramai tetamu kerana bimbang orang yang tak suka saya buat laporan polis dan jadi isu pula nanti” katanya.
Awie mengakui dia tidak tahu bagaimana hati budi orang dan lebih suka mencari jalan selamat.
” Jadi baiklah jangan cari fasal. Kalau berlaku sesuatu nanti, silap-silap dikata ‘kluster Awie’ pula,” katanya.
Gambar – Awie sedang meluangkan masa bersama keluarga tercinta sambil-sambil practice lagu-lagu Search utk Konsert APOLOGIA..
Dalam perkembangan lain, Awie sebelum ini giat menjalani latihan bersama kumpulan Search bagi persiapan menghadapi konsert Apologia Search & Awie.
Konsert itu yang sepatutnya berlangsung 28 Mac lalu terpaksa ditunda sebagai langkah keselamatan semua pihak ekoran penularan wabak COVlD-19.
Sementara dalam kenyataan terbaru oleh kumpulan Search, mereka merancang mengadakan semula konsert tersebut di Stadium Melawati, Shah Alam pada Disember ini.
Pemain bass kumpulan itu, Nasir Daud berkata, pihaknya perlu melihat keputusan kerajaan sama ada membenarkan penganjuran persembahan atau konsert dalam masa terdekat.
” Selagi tiada kenyataan rasmi, kami tidak akan mulakan sebarang persiapan. Apabila ada keputusan dibuat, barulah kami akan rancang semula perkara ini.
” Cuma, kali ini lokasi akan diubah daripada The Bee ke tempat yang lebih besar iaitu di Stadium Melawati, Shah Alam.
” Ini untuk memberi peluang kepada semua peminat hadir menonton. Kita kena faham Search adalah nama besar.
” Peminat merangkumi semua golongan sama ada generasi baru atau otai dalam kalangan profesional yang mengikuti kami sejak zaman bujang,” katanya.
via 1 MIN READ
0 Comments