SEORANG wanita Melayu tanpa rasa malu dan segan telah memuat naik video bersetubuh bersama suami demi melariskan jualan produk kesihatan miliknya.
Wanita dikenali sebagai Nor Shahadah Aisyah itu memuat naik video berdurasi 1 saat yang menunjukkan dirinya melakukan aksi ranjang di dalam sebuah bilik tanpa seurat benang.
Difahamkan, video tersebut bagi menunjukkan perubahan pada tubuhnya selepas dia menggunakan sejenis produk pemutihan kulit.
“Belanja 1 saat je.. jerit dia pun sikit je sebab utama nak tunjuk bukti bila guna produk l***s*** cerah dia menyeluruh sekata sampai bontot berjelaga jadi putih melepak, gebu, bersih.. kalah bontot bayi,” kata wanita itu.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakannya dan menggesa netizen agar memboikot wanita itu serta produk yang dijualnya.
Bagaimanapun, tidak lama isu tersebut viral, wanita itu didapati telah menutup semua akaun media sosialnya sebelum memadam video tersebut.
via Wowberita
0 Comments