Tgh Main Futsal, Habis Pakat Lari Nampak Polis. Sekali Tgh Malam Semua Dtg Balai Serah Diri, Ini Puncanya

Lapan remaja di Hulu Terengganu terpaksa membayar kompaun keseluruhan berjumlah RM8,000 selepas kedegilan mereka bermain futsal ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dikesan polis, malam Selasa.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, semua mereka yang berusia antara 15 hingga 20 tahun, dilihat bermain futsal ketika sepasukan anggota polis membuat rondaan di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kumpulan itu bagaimanapun bertempiaran melarikan diri sebaik dihampiri pasukannya.

Tertinggal barang peribadi lah pulak…senang kerja polis

” Mereka meninggalkan beberapa buah motosikal serta barang-barang peribadi termasuk telefon bimbit.

” Polis kemudian membawa semua barangan itu ke Balai Polis Kuala Berang untuk siasatan dan tindakan lanjut.

” Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi tadi (Rabu), semua mereka yang bermain futsal itu hadir ke balai polis itu bagi menyerah diri.

” Mereka seterusnya ditahan untuk siasatan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya di sini, pada Rabu.

Katanya, semua mereka turut dikompaun RM1,000 setiap seorang.

Sementara itu pada awal Mei lalu, seramai enam lelaki ditahan polis selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bermain bola keranjang di Alor Setar Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata pihaknya menahan kesemua individu berusia antara 17 hingga 34 tahun pada jam 6.45 petang.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan sekumpulan individu bermain bola keranjang sebelum anggota melakukan pemeriksaan lanjut.

” Ketika tiba di lokasi, anggota polis mendapati sekumpulan lelaki sedang leka bermain bola keranjang menyebabkan mereka semua ditahan.

Manakala dalam kes yang hampir serupa, seramai 24 lelaki ditahan polis ketika sedang bermain bola sepak di padang sebuah kolej berhampiran Jalan Cengai Tanjung Bungah, Georgetown, selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata kesemua mereka ditahan pada jam 7.14 petang.

Katanya terdahulu, pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa terdapat sekumpulan lelaki bermain bola sepak pada jam 5.30 petang, di padang kolej berkenaan.

” Ketika tiba di lokasi, didapati pintu pagar berkunci dan dibuka selepas 15 minit kemudian.

” Pemeriksaan polis mendapati kesemua mereka adalah warganegara tempatan dan penuntut yang tinggal di asrama kolej terbabit ,” katanya.

Mengulas lanjut Soffian berkata, kesemua lelaki yang berusia antara 24 hingga 48 tahun itu dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut.

 




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments