Aku Taknak Buat Benda Ni Tapi Bos Aku Suruh. Kalau Tak Dapat Duit Adik Aku M4ti, Kata Peromp4k

Kjadian cubaan rom.pakan yang berlaku di Kota Tinggi semalam menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan warganet.

Menceritakan lebih lanjut, mngsa tebusan tampil bersuara berkongsi pengalaman dan kata-kata perom.pak ketika kjadian.

” Suspek itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tetapi bos aku suruh’. Dia beritahu terpaksa kerana adiknya akan m4ti jika dia tidak dapat duit,”

Demikian kata-kata Mardiah Mat Ripi, 26, menceritakan bagaimana dia menjadi tebusan rom.pakan bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi semalam.

Menurutnya, dalam keadaan panik dan takut itu dia mendengar dengan jelas apa diperkatakan suspek berkenaan yang mahukan wang untuk ‘menyelamatkan’ adiknya.

Katanya, kenyataan itu dibuat suspek terbabit ketika ditanya pelanggan bank yang terperangkap bersama dengannya.

” Ada pelanggan tanya, kenapa buat macam ini untuk menenangkan keadaan.

” Suspek itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tapi aku terpaksa adik aku ada pada dia (bos).

” Kalau tak dapat duit adik aku m4ti’ kata suspek itu.

” Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya menjadi tebusan. Nyawa saya ibarat berada di hujung sabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita lanjut, Mardiah berkata dia ke bank menemani ibunya, Ratnah Ahab, 56, dan sebelum kjadian, dia bersandar di dinding, menunggu ibunya selesai berurusan.

” Saya memang terbayang-bayang insiden itu, masa sangat pantas, rasa takut sangat. Memang ny4wa dekat hujung sabit.

” Saya hendak lari ke kiri tidak boleh, ke kanan tidak boleh, nak ke bawah pun tak boleh sebab sabit memang penuh diletakkan di leher saya.

” Cuma ingat pegawai bank cakap dengan suspek itu sabar encik jangan apa-apakan budak.

” Rasa memang lama sabit berada di leher. Ibu juga merayu saya tidak diced3rakan,” katanya.

Menurutnya, suspek itu juga cuba menjadikan ibunya tebusan dan menolaknya tetapi Ratnah yang sakit kaki, terjatuh.

Katanya, ibunya dipaksa berdiri dan ketika suspek itu tunduk untuk bangunkan ibunya, dia ditemb4k pengawal keselamatan.

” Kjadian ini memang mimpi ngeri, sejarah hitam dalam hidup. Selalu tengok dalam drama sahaja kjadian seperti ini.

” Tak sangka terjadi pada diri sendiri apatah lagi saya sudah bayangkan akan m4ti dibvnuh,” katanya yang bersyukur Allah SWT menyelamatkannya dan ibunya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments