KUALA LUMPUR – Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan terdapat usaha dan gerakan dalam Pakatan Harapan untuk menolak Tun Dr Mahathir Mohamad dari calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan merampas semula kerajaan.
Menurut Khairuddin, usaha itu bagi memberi laluan mudah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga disifatkannya sebagai ‘manusia berpenyakit’ sebagai calon perdana menteri akan datang.
“Saya rasa masa ketikanya sudah sampai untuk Tun Drr Mahathir Mohamad tolak bekerjasama dengan PH! Indikasi semakin jelas kebanyakan pemimpin-pemimpin PH bacul serta terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.
“Ini saya betul-betul tak faham kenapa pemimpin-pemimpin PH terlalu taksub dan tunduk pada ‘manusia gila’ semacam Anwar Ibrahim,” soal Khairuddin.
Justeru, Khairuddin yang juga antara pengasas utama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mahu menawarkan diri untuk jadi orang tengah antara Tun Mahathir dengan Perikatan Nasional bagienyertai pakatan parti politik itu.
Walau bagaimanapun, gabungan antara kumpulan Tun Mahathir bersama PN itu mestilah tanpa melibatkan Umno, tambah Khairuddin berikutan beberapa orang dari kalangan pemimpin Umno yang masih terpalit dengan beberapa pertuduhan di mahkamah.
“Pada realitinya, ada pelbagai cara untuk kita duduk semeja bermusyuawarah bagi mencari satu titik permulaan kearah perpaduan demi kepentingan masa depan bangsa serta negara!!
“Sesungguhnya, saya amat yakin para sahabat dalam PN masih meletak harapan yang tinggi untuk menerima Tun Mahathir Mohamad berada di pangkuan mereka secara kolektif bergabung tenaga bagi membina semula ‘Malaysia Baharu!’
“Sepak saja parti PKR dengan golongan muda samseng hingusan yang sedang menjadi ‘macai’ Anwar.
“Penyangak hingusan seperti Farhash Wafa Salvador, Abdullah Sani serta beberapa lagi adalah kalangan ‘otak udang’ yang sedang menghina Tun Dr Mahathir mohamad sejak kebelakangan ini secara terang-terangan,” tambahnya.
Khairuddin yang juga merupakan penyokong tegar kepimpinan Tun Mahathir turut mengingatkan bekas perdana menteri dua kali itu agar meninggalkan terus politik PH yang di ambang kehancuran ketika ini.
Sebagai tokoh negarawan terulung sudah sampai masamya Mahathir membuat perbincangan untuk bersama dengan PN bagienyelamatkan negara ini daripada huru-hara politik yang dicetus oleh kegilaan Anwar mencaai cita-citanya menjadi perdana menteri akan datang.
via Wowberita
0 Comments