COVID-19: WHO gesa tingkatkan pengeluaran dexamethasone

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pengeluaran steroid murah, dexamethasone dipertingkatkan bagi merawat pesakit COVID-19 yang kritikal.

Ia berikutan, dexamethasone dikaitkan dengan kejayaan mengurangkan kematian dalam kalangan pesakit jangkitan virus berkenaan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata permintaan terhadap steroid berkenaan meningkat mendadak sejak Britain mengeluarkan kajian mendakwa ia berjaya mengurangkan kadar kematian.

Sekitar 2,000 pesakit diberikan dexamethasone oleh saintis dari Universiti Oxford.

Ia didapati mengurangkan kalangan pesakit kritikal jangkitan virus itu kepada 35 peratus.

Dexamethasone sudah berada dalam pasaran sejak 60 tahun lalu dan digunakan untuk merawat keradangan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

WHO bagaimanapun memberi peringatan, dexamethasone hanya digunakan ke atas pesakit kritikal.

Ia bukan ubat mencegah COVID-19 dan bukan untuk merawat pesakit dengan simptom ringan.

Tedros dalam pada itu mengulangi peringatan supaya negara menggandakan pendekatan kesihatan awam untuk menghentikan penularan COVID-19.

"Kami mendesak negara-negara berwaspada dan lebih kreatif mencari penyelesaian, penduduk diminta berjaga-jaga dengan hidup mereka.

"Kami minta semua negara menggandakan asas kesihatan awam yang kini diamalkan dengan mengutamakan kebersihan, melakukan penjarakan sosial dan duduk rumah bagi mereka yang mempunyai gejala berkaitan jangkitan virus COVID-19.

"Mencari dan menguji kes, mengasingkan dan merawat mereka yang disahkan ada virus, mengesan dan melakukan kuarantin terhadap kontak dan melindungi petugas kesihatan," katanya.

Beliau juga menekankan pendekatan kesihatan umum juga hanya berkesan dengan bantuan kawalan kendiri individu. - AFP



Sumber : COVID-19: WHO gesa tingkatkan pengeluaran dexamethasone

Post a Comment

0 Comments