Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), menafikan dakwaan beliau menerima elaun tinggi seperti yang tular di media sosial.
Mahdzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menyifatkan dakwaan pihak terbabit sebagai ‘nakal’ susulan jumlah elaun sebenar diterima jauh lebih rendah.
” Elaun sebenar yang diterima jauh lebih rendah.
” Cukup saya katakan terlalu rendah daripada apa yang ditularkan,”
Demikian kata melalui satu hantaran di Facebook rasminya semalam.
Beberapa hari lalu, tular satu dakwaan mengatakan isu caj bil elektrik mengelirukan dan terlalu tinggi dikenakan TNB kepada pengguna sejak tiga bulan lalu.
Perkara itu kononnya disebabkan syarikat perlu membayar elaun tinggi kepada Mahdzir yang dikatakan mencecah hampir RM1 juta sebulan.
Mahdzir berkata, operasi bacaan meter TNB terpaksa dihentikan buat sementara waktu apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac.
Justeru kataya, bacaan meter secara anggaran terpaksa dilakukan dan dihantar kepada pelanggan untuk tempoh dua bulan (Mac dan April) melalui aplikasi myTNB.
” Sejajar perkembangan semasa, operasi bacaan sebenar meter TNB dimulakan kembali sejak 15 Mei lalu.
Bil terkini yang diterima oleh pelanggan ialah penggunaan sebenar sejak PKP bermula,” katanya.
Mahdzir berkata, selaku Pengerusi TNB, pihaknya mengambil maklum rungutan masyarakat
Oleh itu, beliau menegaskan TNB bersama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti beberapa mekanisme untuk menangani masalah itu.
Faham keluh kesah dan rungutan Rakyat
” Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera kepada seluruh Rakyat Malaysia yang dikasihi.
” Sejajar dengan perkembangan semasa, operasi bacaan sebenar meter TNB telah dimulakan kembali sejak 15 Mei yang lalu.
” Bil terkini yang diterima oleh para pelanggan adalah penggunaan sebenar sejak PKP bermula.
” Saya mengambil maklum akan keluh kesah dan rungutan yang diluahkan oleh Rakyat Malaysia setelah menerima bil TNB tersebut.
” Oleh itu, selaku Pengerusi TNB, saya dan seluruh pengurusan TNB serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersama-sama Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti beberapa mekanisma untuk menangani rungutan yang disuarakan. InsyaAllah, doakan kami menemui jalan penyelesaiannya.
” Saya amat berharap penjelasan yang dinyatakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan dalam kalangan Rakyat Malaysia seterusnya memberikan kelegaan.” tulis Mahdzir di Facebook rasminya.
via 1 MIN READ
0 Comments