” Belakang umah aku jer ni, patut laa nmpak AADK Yan masuk pagi tadi hahaha..”
Itu komen segelintir warganet yang juga penduduk setempat susulan berita tentang operasi dijalankan oleh Agensi Antidad4h Kebangsaan (AADK) di Permatang Buluh di Yan, pagi hari ini.
Dalam operasi berkenaan, anggota AADK turut menceritakan seorang lelaki yang cuba bersembunyi dalam almari pakaian bagi mengelakkan diri ditahan.
Kehadiran lelaki berusia 25 tahun itu berjaya dikesan selepas anggota penguat kuasa kerana melihat kakinya terjulur.
Ketua AADK Daerah Yan Mohamad Ramli, berkata operasi selama satu jam setengah bermula 9.30 pagi itu diadakan bagi mengesan empat orang kena tahan (OKT) yang gagal hadir jamin.
” Atas maklumat orang awam, lelaki terbabit dikatakan menjalankan aktiviti penag1han dad4h di rumah teman wanitanya yang juga seorang OKT dikehendaki AADK sejak empat hari lalu.
Kaki terjulur dalam almari
” Ketika anggota operasi tiba di rumah berkenaan, wanita itu menolak dakwaan lelaki terbabit tiada di rumahnya dan anggota melakukan pemeriksaan lanjut di bilik ibunya sebelum ternampak kaki suspek terjulur keluar dari almari pakaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad berkata, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan turut menemui satu balang dipercayai berisi sy4bu yang digunakan bagi tujuan penag1han dad4h milik lelaki berkenaan.
Menurutnya, ujian saringan awal air kncing mendapati lelaki itu positif meth4mph3tamine.
” Lelaki terbabit disiasat mengikut Sksyen 3(1) Akta Penag1h Dad4h (Rawatan & Pemulihan) 1983.
” Empat lagi OKT berusia 25 hingga 38 tahun yang berjaya ditahan di lokasi berasingan sekitar daerah ini akan didakwa di Mahkamah Gurun mengikut Sksyen 3(1) Akta Penag1h Dad4h (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.
Lari tinggal makwe
Sementara itu, dalam operasi berasingan di Kampung Selengkoh, Yan, seorang lelaki bertindak melarikan diri dan meninggalkan teman wanitanya ketika serbuan.
Pasangan kekasih berusia 30-an itu sedang leka mengh1sap dad4h jenis sy4bu ketika operasi dijalankan.
Difahamkan mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu selepas berkenalan ketika sama-sama menag1h dad4h.
Ketika serbuan dilakukan lelaki berkenaan sedang leka melayan dad4h bersama teman wanitanya, namun bertindak meninggalkan wanita terbabit sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak AADK dan gagal ditangkap.
Komen warganet
” Lain kali kat kaki tu tulis la.. ‘COVlD-19’ disini.. hakk alaa..tu pon nak kena ajar..” tulis Anep
” Nak cekap sembunyi kena belajar dari ilmu ninja teknik sembunyi dan penyamaran, tapi bertaubatlah selagi masih sempat sebab ada suatu masa nanti kita tak dapat sembunyi dari apa2 pun iaitu akhirat” komen Sam
via 1 MIN READ
0 Comments