Dua mayat dalam kereta di dasar sungai

JITRA: Dua mayat ditemui dalam sebuah kereta yang dipercayai terjunam ke dalam sungai dekat Lana Bulu, Megat Dewa di sini malam tadi.

Kereta itu dipercayai ditemui kira-kira jam 10 malam dan mayat kedua-dua mangsa ditemui terperangkap dalam kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, kereta itu disyaki terbabas dan setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti.

"Ya ada dua mayat ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Setakat ini anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berada di lokasi untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).



Sumber : Dua mayat dalam kereta di dasar sungai

Post a Comment

0 Comments