
LONDON: Jordan Handerson mengakui dia dan Jurgen Klopp perlu menjaga mulut mereka apabila saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung tanpa kehadiran penonton.
Pemain tengah itu didapati mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil ketika aksi England menentang Croatia pada 2018 yang diadakan secara tertutup.
Dengan aksi liga kembali bersambung tanpa penonton minggu ini, pemain dan jurulatih perlu menjaga mulut mereka ketika semua baki 92 baki perlawanan liga akan disiarkan secara langsung di televisyen.
"Kami perlu menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan dan cuba tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Saya lebih bimbang mengenai bahasa saya ketika bermain. Saya tidak mahu meminta maaf kepada semua orang selepas setiap perlawanan. Jadi, saya perlu berhati-hati terutama dalam perlawanan 'panas'.
"Saya pasti pengurus juga akan menjaga mulut mereka. Namun, dia juga sedar kami tidak boleh menyalahkan penonton kerana tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan pada masa-masa tertentu," katanya.
- AGENSI
Sumber : Handerson, Klopp tak boleh celupar lagi
0 Comments