Heboh Pasal 1OOO Tempahan Hotel Langkawi Dalam Sejam. Sekali Kerajaan Negeri Cakap Lain Pula

” Kita tak tahu dari mana datangnya data terdapat tempahan 1,000 bilik hotel sebaik sahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kelmarin.”

Demikian kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) di Pulau Langkawi yang menafikan menerima tempahan bilik hotel sebanyak 1,000 dalam masa sejam seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Firdaus Ahmad.

Masih pada tahap kosong

Firdaus berkata, pihaknya menerima maklumat sah daripada persatuan itu hari ini berikutan industri perhotelan di pulau itu masih berada pada tahap kosong peratus selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

” Sedangkan sebanyak 242 hotel yang juga ahli MAH di Langkawi tidak menerima tempahan itu, kita tidak ada petunjuk yang boleh mengumpul data dengan begitu cepat,” katanya pada sidang media khas sektor pelancongan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri wakil agensi pelancongan termasuk MAH, Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).

Mohd Firdaus berkata, susulan itu, pihaknya akan menubuhkan jawatan khas yang diterajui Tourism Malaysia Kedah untuk merancakkan semula sektor pelancongan di pulau berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri mensasarkan antara 1.2 juta hingga 1.5 juta pengunjung ke negeri itu sehingga akhir tahun ini berikutan kebenaran rentas negeri dan pembukaan semula aktiviti pelancongan dalam negara mulai esok.

Mungkin tawar promosi ‘harga runtuh’ 

Katanya, beberapa inisiatif yang diambil pemain industri terutama pengusaha hotel di Pulau Langkawi dalam menawarkan promosi ‘harga runtuh’ dilihat mampu menjadi daya tarikan terbaik untuk menambah kehadiran pelancong ke negeri Jelapang Padi itu.

” Pihak saya bersama Tourism Malaysia Kedah ketika ini sedang berusaha untuk meletakkan semua pemain industri pelancongan di negeri itu di bawah satu bumbung bagi meningkatkan lagi aktiviti yang mampu dijalankan menerusi sektor terbabit.

” Kita perlukan idea baharu dalam menghadapi normal baharu ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, sebanyak 1,000 tempahan bilik diterima bermula 4 petang Ahad.

Katanya, 700 daripada tempahan itu sudah membuat pembayaran, sekali gus memberi petanda amat positif kepada industri pelancongan Langkawi.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments