BERLIN: Pemain tengah Borussia Dortmund, Emre Can meminta rakan sepasukannya Jadon Sancho supaya lebih matang, selepas pemain sayap England itu melanggar peraturan ketika mendapatkan khidmat tukang gunting.
"Jadon seorang yang baik, tetapi dia perlu lebih bijak dalam beberapa perkara.
"Jelas sekali semua orang perlu menggunting rambut sesekali, tetapi dia kena lebih bijak dan matang," kata Can yang menjaringkan gol hasil umpanan Sancho dalam kemenangan 1-0 ke atas Hertha Berlin.
Sancho dan rakan sepasukan Dortmund Manuel Akanji didenda kerana melanggar peraturan Liga Bolasepak Jerman (DFL) apabila memotong rambut masing-masing tanpa memakai pelitup COVID-19.
Menurut DFL, bintang-bintang Borussia itu gagal mematuhi standard kebersihan ketika mendapatkan khidmat tukang gunting di kediaman mereka ketika perintah berkurung.
"Kami perlu membimbing Jadon. Dia tidak boleh berterusan membuat kesilapan seperti itu, dan kami sentiasa bercakap dengannya sebagai satu pasukan.
"Ia tidak mengganggu kami, tetapi kami sedar dia perlu lebih berdisiplin dalam beberapa hal.
"Saya tidak fikir dia melakukannya dengan sengaja. Mungkin kadang-kadang dia terlalu percayakan orang," katanya. - AFP
Sumber : Jadon perlu lebih bijak, matang: Can
0 Comments