Tiada kes baharu Liga Perdana Inggeris

LONDON: Liga Perdana Inggeris yang akan kembali pada 17 Jun mendapat semangat baharu apabila tiada kes positif dalam ujian saringan terkini COVID-19.

Seramai 1,195 pemain dan kakitangan kelab diuji dalam saringan keenam yang dilakukan pada Khamis dan Jumaat.

"Liga Perdana boleh mengesahkan yang pada Khamis 4 Jun dan Jumaat 5 Jun, seramai 1,195 pemain dan kakitangan kelab diuji untuk COVID-19. Daripada ujian ini, tiada keputusan positif," umum Liga Perdana Inggeris semalam.

Ini bermakna hanya 13 kes positif daripada keseluruhan 6,274 ujian dijalankan ke atas pemain dan kakitangan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.

Ujian akan terus dijalankan setiap dua minggu dalam usaha menyempurnakan saingan liga yang tertangguh sejak Mac akibat pandemik berkenaan. - AFP



Sumber : Tiada kes baharu Liga Perdana Inggeris

Post a Comment

0 Comments