Meskipun hampir setiap hari diingatkan agar patuh arahan, masih ada individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini termasuklah individu yang menjalani kuarantin cuba melarikan diri.
Terbaru, seorang lelaki di Sibu, Sarawak, dikuarantin selama 14 hari di sebuah hotel. Namun pada hari ketujuh kuarantin, lelaki itu berjaya melarikan diri.
Dalam laporan Sin Chew Daily, lelaki berusia 27 tahun itu juga dipakaikan gelang (QR code) agar pihak berkuasa dapat memantau pergerakannya.
Terdahulu, Kerajaan Sarawak menetapkan, mana-mana individu yang masuk ke negeri ini dikehendaki memakai gelang tangan khas tersebut dan menjalani kuarantin selama 14 hari.
Dengan keputusan yang diwartakan itu, mereka yang didapati cuba menanggalkan gelang tangan khas tersebut dianggap melanggar undang-undang.
Dalam kes ini, lelaki terbabit menanggalkan gelang tangan khasa itu dan lari dari hotel menuju ke sebuah kedai makan untuk menikmati hidangan mi.
Malah, dia turut memuat naik gambar hidangannya di Facebook dengan kapsyen, “Kuarintin days-7”.
Netizen mengecam tindakannya yang jelas sekali melanggar arahan kuarantin.
Menyedari dirinya dikecam teruk di media sosial, lelaki itu kemudian menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya pada pagi 25 Mei 2020.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian itu dan akan kes itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Etnik Rohingya lari dari kuarantin berjaya ditahan
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki etnik Rohingya melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVlD-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ahad lalu.
Lelaki itu bagaimanapun sudah berjaya ditahan dan telah dimasukkan semula ke pusat kuarantin berkenaan, ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
” (Lelaki itu) sudah ditangkap. Yang lari itu sudah ditangkap dan dimasukkan balik ke hospital,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Selasa.
Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, Balai Polis Tanjung Rambutan menerima laporan kehilangan lelaki dikenali sebagai Rohim Mohd Zokoria yang disedari hilang oleh petugas pusat berkenaan pada jam 11 pagi, Ahad.
Lelaki berkenaan dihantar ke pusat kuarantin pada Sabtu selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Muallim.
Suspek yang menyatakan dari Sentul, Kuala Lumpur dimasukkan ke Hospital Slim River selepas mempunyai simptom (kor0navirus) COVlD-19 iaitu sesak nafas.
Menurutnya, hasil saringan awal mendapati suspek negatif daripada wabak tersebut.
via 1 MIN READ

0 Comments