Najib Post Pasal Liverpool Menang Liga. Sekali Dia Kena Troll Balik Isu 30 Tahun MasaIah Air di Chini

Penantian 30 tahun pasukan ternama Liga Perdana Inggeris, Liverpool akhirnya berakhir selepas sah dinobatkan sebagai juara EPL malam tadi.

Berita tersebut disambut penyokong di seluruh dunia. Tidak ketinggalan beberapa selebriti dan ikon politik tanah air termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib dalam satu hantaran di Twitter telah mengucapkan tahniah kepada Liverpool dan penyokong setia mereka.

” Tahniah Liverpool.

” Penantian panjang para penyokong Liverpool FC akhirnya terbalas!

” Ini semua salah Salah!” tulis Najib sambil merujuk kepada Mohamed Salah, salah seorang pemain utama Liverpool.

Respon warganet

Hantaran Najib itu mendapat reaksi pelbagai dari warga maya. Ramai yang menyokong, malah ramai juga yang mengusik.

Salah seorangnya adalah apabila seorang individu telah membuat ‘troll’ dengan mengaitkan angka ’30 tahun’ dengan masalah air penduduk Chini yang tidak pernah selesai sejak 30 tahun lalu.

” Penyokong Liverpool tunggu 30 tahun, Liverpool bakal jadi juara EPL.

” Orang Chini bawah Parlimen Pekan tunggu 30 tahun, masalah air ‘bakal’ selesai.” tulis individu terbabit sambil berkongsi keratan artikel oleh Sinar Harian.

Berikut artikel penuh oleh Sinar Harian berhubung masalah air di Chini

Syukur. Itu yang diluahkan penduduk di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Chini Timur di sini apabila kerajaan mengumumkan pembinaan Kolam Takungan Hiliran (ORS) di muka sauk Sungai Mentiga.

Setelah 30 tahun gangguan bekalan air menghantui 33,000 penghuni isi rumah di Felda Chini dan kampung sekitar, penduduk sudah boleh menarik nafas lega apabila masalah ini dijangka diatasi pada September 2021 apabila siap kolam takungan air terawat Chini bernilai lebih RM18 juta itu.

Menurut Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemakmuran dan Keselamatan Kampung (JKKR) Chini Timur 1, Suahilai Md Tai, 65, masalah air di kawasan berkenaan berlaku setiap kali musim kemarau iaitu sekitar April setiap tahun.

Bagaimanapun, katanya, penduduk bernasib baik kerana gangguan bekalan asas tersebut tidak berlaku pada April tahun ini.

” Sebenarnya setakat ini tahun 2020 ini sahaja yang tidak kemarau dan tiada gangguan sampai hari ini. Kalau tidak, kena tadah pakai tong dram.

” Biasa bulan April setiap tahun air bercatu. Tahun ni tak kemarau.

” Sungai dan takungan air Chini Timur ni kecil. Tambahan pula Chini dulu cuma ada tiga tanah rancangan sekarang sudah ada lapan. Penduduk pun bertambah.

” Memang gembira dengan pengumuman kerajaan negeri untuk membina kolam takungan (ORS),” katanya.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada 156 peneroka yang menerima geran hak milik tanah Felda berkeluasan kira-kira 4.05 hektar hari ini.

Suahilai (dua dari kiri) dan isterinya, Juaitar menerima kunjungan Wan Rosdy (dua dari kiri) bagi menyampaikan sendiri geran tanah milik peneroka itu.

Mengulas lanjut Suahilai berkata, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun merupakan pemimpin yang banyak memperjuangkan isu air tersebut.

” Terasa sedih tanpa Allahyarham tapi semua orang tahu itu ialah perjuangannya,” katanya.

Sementara isteri Suahilai, Juaitar Abd Manaf, 62, turut gembira kerana pengumuman itu bakal menyaksikan masalah gangguan air bakal diatasi sepenuhnya.

” Gembira dah lama sangat menunggu masalah air selesai. Akhirnya dapat juga diselesaikan. Alhamdulillah,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja-kerja pembinaan kolam takungan dijadualkan bermula pada September depan.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments