PM bertemu wakil peniaga di Muar

MUAR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat bersama wakil peniaga dan industri daerah ini.

Muhyiddin tiba di Pejabat Daerah Muar, di sini, kira-kira jam 9.15 dan disambut Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd Haffiz Ahmad.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, turut membuat saringan suhu badan, sebelum memasuki bilik mesyuarat bersama kira-kira 50 wakil peniaga dan industri.

Difahamkan mesyuarat berkenaan bagi membincangkan pelan pemulihan ekonomi selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Diraja Bandar Maharani diisytiharkan Bandar Perabot Malaysia pada 2018 serentak dengan pelancaran Muar Furniture Park.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri perjumpaan bersama wakil peniaga dan industri daerah Muar. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri perjumpaan bersama wakil peniaga dan industri daerah Muar. - Foto BERNAMA

Muar Furniture Park dibina di tanah seluas hampir 400 hektar hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan syarikat berkaitan perabot untuk memperkasa industri itu.



Sumber : PM bertemu wakil peniaga di Muar

Post a Comment

0 Comments