Raih Pendapatan Berjuta Ringgit Sebulan, Ini Senarai 10 Youtuber Terkaya di Indonesia

Kini ramai bergelar Youtuber dan sudah bergelar jutawan kerana mampu meraih pendapatan tinggi menerusi Youtube.

Di Indonesia ramai yang mencuba nasib menjadi Youtubers dan mampu meraih jutaan penonton.

Bukan hanya meraih jutaan pelanggan untuk saluran sendiri di YouTube, malah penghasilan video menarik menjadikan ia satu daripada punca rezeki tambahan.

Berikut adalah anggaran senarai pendapatan 10 Youtubers terkenal Indonesia.

10) Anang dan Ashanty (The Hermansyah A6) – Penyanyi

• Jumlah pengikut: 3.44 juta
• Pendapatan bulanan: AS$14,900 hingga AS$238,900 (RM63,682 hingga RM1 juta).

9) Entis Sutisna dan Sule (Sule Channel) – Pelakon dan pelawak

• Jumlah pengikut: 4.81 juta
• Pendapatan bulanan: AS$16,000 hingga AS$255,600 (RM64,384 hingga RM1 juta).

8) Arif Muhammad- Penulis

• Jumlah pengikut: 9.95 juta
• Anggaran pendapatan bulanan: AS$21,500 hingga AS$344,500 (RM91,891 hingga RM1.4 juta).

7) Gen Halilintar – Keluarga berdarah Minangkabau

• Jumlah pengikut: 16.4 juta
• Anggaran pendapatan bulanan: AS$22,100 hingga AS$354,000 (RM94,455 hingga RM1.5 juta).

6) Ria Ricis (Ricis Official) – Youtuber

• Jumlah pengikut: 21.1 juta
• Anggaran pendapatan bulanan: AS$24,800 hingga AS$396,500 (RM105,995 hingga RM1.6 juta).

5) Atta Halilintar – Youtuber

• Jumlah pengikut: 23.8 juta
• Anggaran pendapatan bulanan: AS$27,500 hingga AS$439,800 (RM117,535 hingga RM1.8 juta).

4) Andre Taulany (Taulany TV) – Pelakon, pelawak dan penyanyi

• Jumlah pengikut: 3.58 juta
• Anggaran pendapatan bulanan: AS$30,600 hingga AS$489,500 (RM130,784 hingga RM2 juta).

3) Deddy Corbuzier – Ahli silap mata, mentalist

• Jumlah pengikut: 10.1 juta
• Anggaran pendapatan bulanan: AS$34,600 hingga AS$553,500 (RM147,880 hingga RM2.3 juta)

2) Raffi Ahmad – (pelakon, penyanyi) dan isteri, Nagita Slavina (Rans Entertainment)

• Jumlah pengikut: 16.3 juta
• Anggaran pendapatan bulanan: AS$48,500 hingga AS$776,200 (RM207,289 hingga RM3.3 juta).

1) Baim Wong (pelakon) dan isteri, Paula Verhoeven (Baim Paula)

• Jumlah pengikut: 14.4 juta.
• Anggaran pendapatan bulanan: AS$59,300 hingga A$949,100 (RM253,448 hingga RM4.05 juta).

Kompas melaporkan berdasarkan Social Blade, Baim Wong dan isterinya Paula Verhoeven mampu meraih AS$59,300 (RM253,448) hingga AS$949,100 (RM4.05 juta) sebulan.

Pendapatan bulanan Baim mengatasi jumlah personaliti Youtube lain seperti Atta Halilintar dan Ria Ricis.

Bagaimana di Malaysia?

Sementara itu di Malaysia juga tidak kurang selebritia atau individu yang meraih pendapatan lumayan menerusi saluran Youtube.

Mungkin akhir-akhir ini ramai yang mengenali pasangan S.Pavithra menerusi saluran masakan, namun sebenarnya pendapatan mereka masih jauh dibandingkan dengan Youtuber lain yang terkenal.

Sebagai contoh Youtuber terkaya di Malaysia adalah Aliff Irfan, Namewee, Syahmi Sazli, Adik Nur Amira dan Kokom.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments