LONDON: Bekas bintang Manchester United, Roy Keane memberikan penilaian yang buruk terhadap prestasi penjaga gol Red Devils, David de Gea.
Bagaimanapun, bekas penjaga gol Liga Perdana Inggeris, Mark Schwarzer menganggap persoalan mengenai kemerosotan prestasi De Gea perlu diajukan sendiri kepada pemain Sepanyol itu.
De Gea gagal menepis keluar bola rembatan Steven Bergwijn ketika meledak gol buat Tottenham, sebelum sepakan penalti Bruno Fernandes memberikan satu mata kepada United.
Schwarzer ketika bercakap kepada BBC Radio 5 Live, berkata De Gea akan berada di bawah tekanan untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasukan apabila kepulangan Dean Henderson yang kini dipinjamkan kepada Sheffield United.
"Selama 18 bulan David de Gea melakukan banyak kesilapan dan itu bukan sesuatu yang diharapkan daripada seorang penjaga gol yang berada pada tahap itu," kata Schwarzer, yang pernah beraksi bersama Middlesbrough, Fulham, Chelsea dan Leicester.
"Bagi penjaga gol terbaik dunia, jumlah kesilapan maksimum yang menyebabkan gawang bolos tidak boleh lebih dari dua kali dalam satu musim dan dia jelas melakukan lebih daripada itu.
"Ini akan menjadi masalah, ketika Dean Henderson bermain dengan baik di Sheffield United dan dia menjelaskan bahawa dia tidak akan duduk di bangku simpanan.
"Adakah Henderson cukup bagus untuk menyarung jersi nombor satu di United? Dia ada potensi," katanya. - AGENSI
Sumber : Schwarzer pula 'sembur' De Gea
0 Comments