SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini menasihatkan presiden republik itu supaya membubarkan Parlimen.
Ini berikutan keputusan beliau untuk mengadakan pilihan raya umum berikutan keadaan di negara itu masih stabil untuk melaksanakannya walaupun masih memerangi wabak COVID-19.
"Saya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya umum sekarang dan memandangkan kita masih dilanda COVID-19, kempen kali ini tidak akan berjalan seperti biasa," katanya dalam satu perutusan hari ini.
Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan, berkata penamaan calon ditetapkan pada 30 Jun ini dan tarikh pengundian ialah pada 10 Julai ini.
Singapura perlu mengadakan pilihanraya umum sebelum 2021, tetapi spekulasi bahawa ia akan diadakan lebih awal oleh Hsien Loong sudah lama diperkatakan.
People's Action Party (PAP) pimpinan Hsien Loong sudah memenangi setiap pilihanraya umum sejak kemerdekaan Singapura pada 1965 dan tidak pernah gagal memperoleh lebih 60 peratus undi. - AGENSI
Sumber : Singapura bubar Parlimen
0 Comments