COVID-19: Remaja 16-18 tahun sembuh lebih baik

KUALA LUMPUR: Kes positif jangkitan COVID-19 dalam kelompok umur 16 hingga 18 tahun didapati mempunyai kadar penyembuhan lebih baik.

Kesimpulan dibuat hasil penelitian Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap 1,712 kes COVID-19 dalam kalangan individu berusia 18 tahun dan ke bawah atau 19.9 peratus daripada keseluruhan kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 346 kes daripada 1,712 kes adalah individu dalam lingkungan 16 hingga 18 tahun.

"Tiada kes kematian atau kes di unit rawatan rapi (ICU) yang dilaporkan membabitkan kumpulan umur ini.

"Ini menunjukkan bahawa kes COVID-19 dalam kumpulan umur ini mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Sumber : COVID-19: Remaja 16-18 tahun sembuh lebih baik

Post a Comment

0 Comments