ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat beberapa ahli lembaga pengarah anak syarikat sebuah universiti awam di negeri ini yang disyaki terbabit dalam penyelewengan.
Difahamkan ahli lembaga pengarah berkenaan terbabit dalam pembelian aset di Lembah Klang pada 2017, namun aset berkenaan bernilai lebih RM50 juta didapati tidak lagi berfungsi.
Pembelian aset berkenaan dikatakan dilakukan ahli lembaga pengarah tanpa merujuk dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Siasatan itu dilakukan SPRM beberapa hari lalu, dan pegawai SPRM dipercayai sudah ke syarikat terbabit bagi mengambil dokumen berkaitan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16, 17, 18 & 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi, mengesahkan sedang menyiasat kes berkenaan.
Sumber : SPRM siasat pengarah anak syarikat universiti awam disyaki seleweng aset
0 Comments