
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya kerajaan memberi lebih banyak kelonggaran kepada rakyat namun dengan syarat perlu mengamalkan kebiasaan baharu secara serius.
Perdana Menteri berkata, rakyat juga perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Ini bermakna tanggungjawab untuk memastikan wabak COVID-19 kekal terkawal berada di tangan saudara dan saudari sekalian.
"Saya juga ingin menekankan kepentingan peranan pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung, ketua komuniti dan pemimpin NGO dalam membendung penularan wabak ini dengan memastikan semua anggota masyarakat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Tidak kurang pentingnya ialah peranan majikan dalam memastikan semua pekerja mematuhi SOP di tempat kerja," katanya ketika berucap dalam perutusan khas, hari ini.
Sumber : 'Tiba masa kerajaan beri lebih banyak kelonggaran' - PM
0 Comments