COVID-19: PKPD dilaksanakan ikut lokaliti jika kes naik mendadak

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan kembali dikuatkuasakan jika berlaku peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PKPD akan dilaksanakan di kawasan atau lokaliti yang mencatat peningkatan mendadak kes positif COVID-19.

"Saya harap kita sentiasa berdisiplin supaya peningkatan kes COVID 19 dapat kita elakkan.

"Jika saudara dan saudari semua terus berdisiplin dan beristiqamah, saya percaya insyaAllah penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemui.

"Kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos depan sehinggalah vaksin untuk virus COVID-19 ditemui," katanya ketika berucap pada perutusan khas, hari ini.



Sumber : COVID-19: PKPD dilaksanakan ikut lokaliti jika kes naik mendadak

Post a Comment

0 Comments