TNB meterai perjanjian solar fotovolta bersama dua syarikat

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai dua perjanjian pembelian tenaga (PPA) solar fotovolta berskala besar (LSS) dengan syarikat tujuan khas, Coara Marang Sdn Bhd dan Kerian Solar Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat, yang juga pemenang bidaan kompetitif LSS Fasa 3 yang dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga pada suku pertama tahun lalu akan mereka bentuk, membina, memiliki, mengendali dan menyelenggara kemudahaan penjanaan tenaga fotovolta dengan kapasiti 100 MWAC setiap satu, kata firma utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Coara Marang, dimiliki oleh Coara Solar Sdn Bhd dan ib vogt GmbH, akan menempatkan kemudahan di Marang, Terengganu dengan tarikh operasi komersial dijadual pada 15 November 2021, manakala Kerian Solar terdiri daripada TTL Energy Sdn Bhd dan ENGIE Energie Services SA, akan beroperasi di Kerian, Perak dengan tarikh operasi komersial dijadual 31 Disember 2021.

TNB berkata, pemeteraian PPA terbabit tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal terbitan dan saham berbayar di samping pegangan pemegang sahamnya.



Sumber : TNB meterai perjanjian solar fotovolta bersama dua syarikat

Post a Comment

0 Comments