Wisma Putra hubungi 6 negara bincang benarkan perjalanan antara negara

KLUANG: Wisma Putra akan menghubungi rakan sejawat di enam negara bagi membincangkan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara bersyarat untuk negara yang dikategori hijau akibat pandemik COVID-19.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata antara perkara yang akan dibincangkan adalah mencari kaedah terbaik untuk melaksanakan kerjasama itu dengan tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan berkaitan pencegahan wabak itu.

Beliau berkata, Brunei, Jepun, Indonesia, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam akan dihubungi untuk mendapatkan persetujuan mengenai laluan hijau bagi benarkan perjalanan antara negara bagi meningkatkan pelaburan dan pelancongan.

"Cadangan mewujudkan laluan hijau ini meletakkan negara berada mengikut landasan yang baik apabila mendapat sokongan positif daripada negara berkenaan.

"Bagi tujuan berkenaan, tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan persetujuan daripada semua negara terbabit akan diusahakan supaya pelaksanaannya nanti membuahkan hasil terbaik untuk negara," katanya.

Ahli Parlimen Sembrong itu ditemui selepas menyerahkan sumbangan Kit COVID 19 kepada Sekolah-Sekolah dalam Parlimen Sembrong di Dewan Muafakat FELDA Kahang Timur, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan dan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Md Said Daimon.

Hishamuddin berkata, setakat ini negara yang sudah berbincang secara rasmi dengan pihaknya ialah Brunei, Vietnam dan Singapura.



Sumber : Wisma Putra hubungi 6 negara bincang benarkan perjalanan antara negara

Post a Comment

0 Comments