COVID-19: Perintah berkurung lebih ketat di Buenos Aires, kawasan sekitar

BUENOS AIRES: Presiden Argentina, Alberto Fernandez, semalam mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung yang lebih ketat di ibu negara ini dan kawasan sekitarnya berikutan peningkatan kes COVID-19.

"Kita akan menutup semula kawasan metropolitan Buenos Aires supaya trafik akan menurun secara dramatik, bagi mengurangkan jangkitan dan keperluan untuk katil (hospital).

"Mulai 1 Julai ini, kita akan meminta setiap orang kembali berkurung di rumah dan hanya keluar untuk mendapatkan keperluan hidup harian," katanya.

Peraturan itu akan berkuat kuasa hingga 17 Julai depan dengan hanya perkhidmatan penting dan beberapa zon perindustrian kekal beroperasi.

Keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes COVID-19. Argentina mencatatkan lebih 1,100 kematian dengan lebih 52,000 jangkitan, setakat ini. - AFP



Sumber : COVID-19: Perintah berkurung lebih ketat di Buenos Aires, kawasan sekitar

Post a Comment

0 Comments