
SEREMBAN: Dua beradik maut, manakala dua anak mereka parah apabila kenderaan dinaiki empat sekeluarga itu terbabas di Kilometer 13 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson arah Seremban, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir, berkata mangsa terkorban dalam insiden jam 4.45 petang itu ialah Faridah Sutin, 55, dan Norazimah Sutin, 57.
"Mangsa mengalami kecederaan parah pula dikenali sebagai Muhammad Firdaus Mahadi, 20, yang juga anak kepada Faridah, serta Alia Husna Saharudin, 24, iaitu anak kepada Norazimah.
"Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Firdaus dari arah Port Dickson menuju ke arah Kuala Pilah, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan landai di tepi lebuh raya sejauh hampir dua meter," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, bagi bedah siasat, manakala mangsa yang parah turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Sumber : 2 beradik maut, 2 lagi parah kereta terbabas
0 Comments