
PRAGUE: Sekurang-kurangnya dua individu maut, manakala puluhan lagi cedera apabila dua kereta api bertembung di barat Republik Czech, hari ini, kata penyelamat.
"Saya boleh mengesahkan dua individu meninggal dunia di tempat kejadian," kata jurucakap perkhidmatan menyelamat, Radek Hes kepada agensi penyiaran awam, Czech Television.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan perincian lanjut ketika ditanya AFP, sebaliknya hanya mengesahkan dua kereta api penumpang bertembung di landasan antara Pernink dan Karlovy Vary.
Czech Television pada mulanya melaporkan sekurang-kurangnya tiga maut dan kira-kira 30 yang lain cedera, dengan memetik perkhidmatan menyelamat.
Kemalangan itu berlaku berhampiran Pernink, kira-kira 120 kilometer di barat Prague, lapor media itu. - AFP
Sumber : 2 maut kereta api bertembung di Republik Czech
0 Comments