Barca wajib kekalkan Messi: Bartomeu

BARCELONA: Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu berkata kelab itu mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan Lionel Messi - pemain yang dianggapnya terbaik dalam sejarah.

"Biasanya kami tidak menerangkan tentang perbincangan dengan pemain-pemain tetapi ini amat jelas yang kami perlu menandatanganinya semula.

"Dia adalah pemain terbaik dalam sejarah. Dia masih mampu bermain bola sepak untuk beberapa tahun lagi," kata Bartomeu.

Menurut Bartomeu, pengendali Barca Quique Setien akan kekal dengan jawatannya walaupun prestasi kurang meyakinkan sejak La Liga bersambung.

Walaupun terlepas takhta liga kepada Real Madrid, presiden kelab itu gembira dengan hala tuju dan menganggap keputusan menggantikan Ernesto Valverde pada Januari adalah tepat.

Bartomeu, yang akan melepaskan jawatannya pada tahun 2021, menegaskan dia hanya melihat Messi bersara di Barca di bawah presiden lain kerana pemain Argentina itu akan menandatangani kontrak baharu.

Sebelum menewaskan Villareal 4-1 Ahad lalu, Barcelona seri tiga daripada empat pertemuan sebelumnya dan tercicir empat mata di belakang Real Madrid dalam perebutan gelaran. - AFP



Sumber : Barca wajib kekalkan Messi: Bartomeu

Post a Comment

0 Comments