Bapa Khabib meninggal dunia akibat Covid-19

Bapa juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, sebentar tadi.

Abdulmanap, 57, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di sebuah hospital tentera di Moscow setelah kritikal sejak April lalu.

Abdulmanap yang sebelum ini mempunyai sejarah penyakit jantung telah didiagnosis dengan Covid-19 sehingga dia mengalami keadaan yang agak kritikal dan berada dalam situasi koma.

Pada awalnya kesihatan Abdulmanap dilihat bertambah baik dan dia telah pun terjaga daripada koma . Tetapi keadaannya kembali merosot sehingga perlu diterbangkan ke sebuah hospital tentera di ibu negara Rusia, Moscow.

Abdulmanap kemudian mengalami serangan jantung dan memerlukan pembedahan pintasan sebelum dimasukkan ke dalam koma untuk kali kedua.

Pemimpin Republik Chechen dan rakan keluarga Ramzan Kadyrov mengesahkan pada hari Jumaat bahawa Abdulmanap Nurmagomedov telah meninggal dunia.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments