Berita tentang suami kepada Youtuber yang popular ditahan polis kerana menced3rakan isterinya semalam, telah mengejutkan ramai pihak.
Apatah lagi puncanya dikatakan berpunca dari mngsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.
Sebaik mengetahui Youtuber tersebut adalah S Pavitra, ramai warganet mula menghujani ruangan komen di Instagram dan Youtube Sugu Pavithra.
Tidak kurang yang melemparkan kata-kata kes4t terutama kepada suami Pavitra, M. Sugu yang telah did4kwa hari ini.
Tampil bersuara, Pavithra telah memberitahu dia sudah memaafkan suaminya atas apa yang berlaku.
Beliau juga mengatakan akan meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini selain kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube nanti.
Tidak mahu terima apa-apa anugerah
Selepas semua konflik yang berlaku, pasangan Youtuber terkenal ‘Sugu Pavithra’ menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah selepas ini.
S Pavithra, 28, berkata, dia bersama suami hanya mahu memberi fokus kepada saluran Youtube ‘Sugu Pavithra’ yang dikendalikan mereka berdua.
” Bukan kami saja youtuber, tetapi ramai yang berbakat dalam pelbagai bidang, jadi kami tidak layak untuk semua ini.
” Selepas ini kami tidak mahu jadi orang dikenali ramai. Semua itu kami tak nak. Kami orang biasa saja, jadi biarkan kami hidup seperti biasa,”
Pavithra berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjelas bayaran jaminan RM5,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh, petang ini.
Menurutnya lagi, dia bersama suami juga membuat keputusan menolak penganugerahan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh yang diterimanya baru-baru ini.
” Kami memang tidak layak untuk mendapat gelaran ikon sebab ramai orang yang berbakat ada di luar sana dan ramai orang yang sudah cuba sedaya-upaya.
” Kami baru jadi youtubers dan kami tidaklah hebat sangat dan kami memang tak layak untuk jadi ikon Perak dan apa-apa lagi.
” Ada lagi yang ramai di luar sana, jangan pilih kami sebab ramai rakyat yang salah faham dan benda ini membuatkan orang ramai sakit hati,” katanya.
Suaminya, M Sugu berkata, mereka mahu memberi fokus dan mengembangkan saluran Youtube mereka.
” Kami jaga youtube, nak fokus youtube saja, kami orang biasa jadi pangkat (anugerah) memang kami tidak mahu,” katanya.
Terdahulu, Sugu didakwa buat kali kedua di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas pertvduhan sengaja mendatangkan keced3raan kepada isteri.
via 1 MIN READ
0 Comments