Umum mengetahui Usain Bolt pelari pecut dari Jamaica adalah pemegang rekod dunia 100 m (9.58 s), 200 m (19.19 s). Nama dan pencapaiannya menyebabkan dia digelar Lightning Bolt oleh media.
Kejayaan mencatat rekod dunia dalam acara pecut 100 meter itu berjaya dirakam Bolt dalam Kejohanan Dunia di Berlin pada 2009.
Dalam Kejohanan sama, Bolt memecah rekod dunia dalam acara pecut 200 meter apabila mencatat masa 19.19 saat.
Rekod dunia 200 meter yang dipegang Bolt sekalu pelari terpantas dunia itu masih bertahan sehingga hari ini.
Meskipun ramai bakat baru muncul dalam acara pecut, namun belum ada mana-mana pelari yang mampu menggugat kedudukan Bolt sebagai pemegang rekod.
Amerika Syarikat contohnya gigih berusaha mengasah bakat baru bagi menampilkan pelari yang boleh mengambil alih Jamaica sebagai ‘kuasa’ utama dalam acara pecut.
‘Berjaya’ pecahkan rekod Bolt, rupanya ini yang berlaku..
Terkini, mereka tampil dengan seorang pelari muda bernama Noah Lyles yang dikatakan ‘berjaya’ memecahkan rekod Usain Bolt.
Namun, kejayaan atlet pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles yang berjaya memecahkan rekod dunia milik Usain Bolt dalam acara 200 meter tidak bertahan lama apabila penganjur mengakui dia diletakkan di tempat permulaan yang salah.
Terdahulu, Lyles merekodkan kepantasan 18.91 saat (s) pada Sukan Inspirasi di Florida, catatan yang mampu memadam rekod dunia bintang sensasi Jamaica, Bolt yang merakam 19.19s pada 2009.
Bagaimanapun, disebabkan catatan terbaik Lyles sebelum ini hanya 19.50s, atlet itu sendiri tidak percaya dia mampu merakam masa terpantas seperti yang dicatatkan itu dan ia jelas dapat dilihat menerusi riak wajahnya yang ‘bingung’ sebaik melepasi garisan penamat.
Status dikongsikan Lyles cuit hati ramai
Beberapa minit kemudian, Lyles mendapat tahu yang dia bermula di tempat permulaan yang salah dan hanya menamatkan larian sejauh 185m, bukannya 200m.
” Anda tidak boleh bermain emosi saya seperti ini. Meletakkan saya di tempat yang salah,” kata Lyles menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Pengulas BBC, Steve Cram terkejut ketika masa yang dicatatkan di paparkan di skrin apabila mengatakan ia tidak mungkin benar dengan dia turut ketawa.
Sementara itu warganet turut menyatakan rasa kasihan dengan Lyles dan memintanya agar tidak berputus asa.
Tidak kurang yang mengusik Lyles.
” Aku terfikir apa agaknya reaksi Usain Bolt jika dia menyaksikan rakaman ini.” tulis Sam
via 1 MIN READ

0 Comments