
ALOR SETAR: Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin di jari manis kanannya tersangkut dan gagal ditanggalkan.
Penolong Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata kejadian dilaporkan, jam 5.59 petang.
Beliau berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Fisol Kadir melakukan operasi memotong cincin sejurus lelaki berusia 26 tahun itu tiba di lokasi.
"Anggota BBP Alor Setar menanggalkan cincin kurang daripada 10 minit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sumber : Cincin di jari bawa derita
0 Comments