City hantar Watford ke zon penyingkiran

LONDON: Raheem Sterling meledak dua gol ketika Manchester City membelasah Watford 4-0 pagi tadi dan membiarkan Hornets tiga mata di atas zon penyingkiran.

Watford menjadi pasukan Liga Perdana pertama memecat tiga pengurus dalam semusim ketika Nigel Pearson meninggalkan kelab itu Ahad lalu tetapi perubahan pengurusan tidak banyak mendatangkan kesan apabila City bangkit selepas kekecewaan dalam Piala FA kepada Arsenal.

City sudah membelasah Watford 8-0 awal musim ini dan 6-0 pada final Piala FA dan tuan rumah tampak kurang yakin untuk mencipta kejutan.

Hayden Mullins mengambil alih pasukan untuk sementara buat kali kedua musim ini dan berhasra mengecewakan pelawat dengan banyak bertahan dan kurang mengancam City.

Sterling mengawal hantaran lintang Kyle Walker dan meledak sepakan kencang ke penjuru pada minit ke-31.

Sembilan minit kemudian, Sterling dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Will Hughes dan diberikan peluang untuk mengejar Jamie Vardy bagi anugerah Kasut Emas apabila Kevin De Bruyne memberikannya peluang mengambil penalti.

Foster menyelamatkan penalti Sterling tetapi pemain antarabangsa England pantas mengambil peluang untuk jaringan ke-19 Liga Perdana musim ini. - AFP



Sumber : City hantar Watford ke zon penyingkiran

Post a Comment

0 Comments