COVID-19: Tiada kematian hari ini

PUTRAJAYA: Ada lima kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 8,668 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu itu, tiga individu mendapat jangkitan dari luar negara, iaitu dua warganegara Malaysia dan seorang pemastautin tetap.

Katanya, dua lagi kes ialah dari penularan tempatan, iaitu membabitkan individu bukan warganegara yang dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika saringan, dalam komuniti oleh pejabat kesihatan daerah.

"Satu lagi kes pula ialah rakyat tempatan dikesan di Selangor. Kes ini dikesan daripada saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 bagi kes ke 8,649.

"Beliau ahli keluarga kepada kes 8,649," katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 11 kes sudah sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 8,476 kes atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, tiada pertambahan kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini dilaporkan dan jumlahnya kekal 121 kes bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.



Sumber : COVID-19: Tiada kematian hari ini

Post a Comment

0 Comments