Dybala bakal terlepas aksi penting Juve

MILAN: Penyerang Argentina Paulo Dybala bakal terlepas aksi timbal balik kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Juventus menentang Lyon pada 7 Ogos akibat kecederaan paha.

Dybala dan bek kanan Brazil Danilo terpaksa dikeluarkan ketika Juventus mengesahkan kejuaraan liga kesembilan berturut-turut dengan kemenangan 2-0 ke atas Sampdoria di Turin Ahad lalu.

Juventus berkata ujian ke atas Dybala hari ini mengesahkan kecederaan pada otot di paha kirinya. Keadaannya akan dinilai dari hari ke hari.

Kecederaan seperti itu biasanya memerlukan antara 10 hari hingga dua minggu untuk pulih.

Dybala bakal terlepas dua aksi terakhir liga menentang Cagliari dan Roma minggu ini, dan kemungkinan terpaksa melupakan pertemuan dengan Lyon di mana mereka ketinggalan 1-0.

Pemain 26 tahun itu adalah tonggak penting skuad kendalian Maurizio Sarri musim ini dengan 17 dijaringkan dalam semua pertandingan, termasuk 11 gol liga.

"Cristiano (Ronaldo) dan Dybala membawa perbezaan. Scudetto ini sebahagian besarnya adalah sumbangan mereka," kata Sarri. - AFP



Sumber : Dybala bakal terlepas aksi penting Juve

Post a Comment

0 Comments