Giler Ker Apa. Nak Kaya Kenalah Rajin. Takkan Klik Jari Terus Jadi Kaya, Agak-Agak Lah – Chong Wei

Memang padu ayat lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Itu kata-kata boleh digambarkan ketika menafikan bahawa beliau menjadi dalang kepada pelaburan ajaib yang boleh menjadikan anda seorang jutawan dalam masa tiga bulan.

” GiIer ker aper!? itu kata Chong Wei yang berang dengan tindakan individu berkenaan yang mengaitkan dirinya dengan khabar angin itu.

” Saya mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa berita ini adalah palsu dan tidak ada sebarang kebenaran dalamnya

” Nak kaya, kenalah rajin, kenalah bijak. Melabur dalam diri sendiri, belajar skil dan ilmu baru, biar ‘power’.

” Asalkan ada yang sanggup bayar untuk kemahiran anda, selamat lah tu! Keyword “Power”,” katanya dalam status yang dimuat naik dalam sosial media, Facebook.

Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu berkata, kunci kejayaan seseorang itu adalah ‘power’ kerana jika ada yang sanggup membayar untuk kemahiran anda, pasti anda akan selamat.

” Memang susah ketika baru nak bermula sebab masih belum pandai. Tapi kalau tiap-tiap hari buat, semakin mudah jadinya, sebab semakin pandai.

” Teruskan usaha, jadilah Power Ranger! Itu lah rahsia dia!

” Takkan click-click jari, korek duit sendiri, bagi orang lain, ikut lagi arahan boleh jadi kaya? Agak-agak lah, mana logik dia?

” Kepada yang ambil kesempatan, menipu duit orang awam. Jangan lah.

” Jangan satu hari, anak cucu anda yang jadi mangsa atas kedurjan4anmu. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,” kata Chong Wei.

Dalam hantaran itu juga, Chong Wei menegaskan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya terutama dalam masa yang penuh liku ketika negara dilanda kemerosotan ekonomi ini.

Justeru jangan mudah terbuai atas kata-kata manis yang tidak munasabah. Kepada yang mengalami masalah kredit, layani lah www.akpk.org.my. AKPK Agensi Bank Negara yg sudah banyak membantu rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan kata-kata lagenda badminton negara itu.

Malah ada yang bergurau kerana tidak sangka Chong Wei boleh selamba mengeluarkan ayat sedemikian, mungkin kerana berasa marah.

” Terbaik lah Dato. Smash dorang kaw-kaw, kasi teruk teruk.. Ramai sangat yang jadi scammer ni” tulis Joe.

” Dato, ini semua taktik scammers untuk salah guna gambar peribadi Dato. Make police report and sue them for defamation Dato.” tulis Dan




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments