BUDAPEST: Lewis Hamilton menyamai satu daripada rekod Michael Schumacher sebentar tadi apabila menjadi pemandu pertama melengkapkan kejayaan hatrik di Grand Prix Hungary.
Juara dunia enam kali itu yang menang di Hungaroring pada 2018 dan 2019, menambah kejayaan keseluruhan di Hungary kepada lapan, sama dengan lapan kemenangan Schumacher di Grand Prix Perancis, terbanyak dalam satu-satu perlumbaan.
Hamilton mengawal perlumbaan sejak awal untuk mencipta kemenangan ke-86, kurang lima berbanding rekod Schumacher - 91.
Ia adalah kemenangan kedua Hamilton musim ini selepas Grand Prix Styrian dan mengangkatnya ke persada kejuaraan pemandu dengan satu mata mengatasi rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas yang menang Grand Prix pembukaan di Austria.
"Pusingan Pertama membabitkan pelbagai masalah dan saya tidak bersedia," kata Hamilton merujuk kepada kakalahannya musim ini.
"Tapi saya kembali fokus dan saya berada di tahap terbaik hujung minggu ini." - AFP
Sumber : Hamilton teruskan penguasaan di GP Hungary
0 Comments