KUALA LUMPUR: Jalan Taman U Thant, Taman U Thant ditutup selepas terdapat jalan mendap dan runtuhan tembok berdekatan residensi 16, di sini, hari ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, Skuad Penyelamat DBKL yang menerima aduan mengenai kejadian itu ke lokasi kejadian jam 3.35 petang.
Siasatan dan pemantauan mendapati pokok dan tiang kabel telekom yang terdapat di lokasi hampir tumbang.
"Terdapat juga aliran air di kawasan mendapan. Skuad Penyelamat telah bertindak menutup jalan kerana khuatir akan membahayakan keselamatan kepada awam.
"Agensi sahabat DBKL yang berkaitan telah dimaklumkan berhubung kejadian itu bagi tindakan lanjut," katanya.
Kenyataan itu juga meminta orang ramai tidak melewati kawasan berkenaan dan mematuhi penanda yang diletakkan.
Sumber : Tanah mendap di Jalan U Thant
0 Comments