
MOSCOW: Legenda Chelsea, Branislav Ivanovic secara tidak sengaja memecahkan Piala Russia selepas pasukan Zenit Saint Petersburg menewaskan FC Khimki di pentas final.
Dia yang juga kapten pasukan mengangkat trofi berkenaan ketika sambutan kejuaraan, namun ia terlepas dari tangannya dan terjatuh.
Zenit yang mengalahkan Khimki 1-0 pada aksi final di Moscow terpaksa menangguhkan sambutan kejuaraan mereka apabila cuba memperbaiki trofi berkenaan, namun tidak berhasil.
Insiden itu kemudian menjadi perdebatan hangat di Twitter.
Martin Ogilvie berkata: "Mendapat trofi bola sepak yang mudah pecah mungkin bukan idea yang paling bagus."
Sementara 'George' berkata: "Lol Ramos melakukan perkara yang sama di atas bas perarakan beberapa tahun lalu."
Ivanovic, 35, menyertai kelab Russia itu pada 2017 selepas menghabiskan sembilan tahun di Stamford Bridge dari 2008 hingga 2017 dan memenangi Liga Juara-Juara pada 2012. - AGENSI
Sumber : Ivanovic pecahkan Piala Russia
0 Comments