Sejak kisah kembalinya Aliff Aziz ke pangkuan isterinya Bella Astillah, jarang timbul kenyataan dan tiada lagi berita panas membabitkan penyanyi kelahiran Singapura itu.
Aliff juga tidak bercakap atau berkongsi apa-apa berhubung keputusannya rujuk semula dengan Bella.
Menerusi perkongsian di Instagram pula, Aliff hanya memuat naik beberapa gambar beliau bersama anaknya.
Bagaimanapun dalam satu status yang dikongsikan di IG Story, Aliff seakan melepaskan geram dan memberi amaran kepada individu yang membuat prov0kasi terhadap isterinya, Bella.
Aliff Aziz berang dengan tindakan seorang pemilik akaun palsu yang melakukan penghin4an terhadap isterinya menerusi kiriman mesej peribadi di laman Instagram.
Aliff muatnaik kata-kata ‘pedas’
Menurut Aliff, perbuatan individu itu sudah melampaui batas, lebih-lebih lagi dalam keadaan isterinya yang kini sedang sarat mengandung.
” Satu perkara menyampaikan kata-kata kasar untuk orang lain, tapi menyampaikan kata-kata ini kepada wanita yang sedang mengandung yang merupakan rahmat Allah adalah satu tahap yang lain.
” Ini akibatnya apabila diri tiada basic value untuk hormat orang lain lepas itu keluarkan kata-kata k3sat dekat ibu meng4ndung yang tak pernah buat salah dengan kau,” katanya.
Penyanyi lagu Sayang Sayang meluahkan rasa kurang senang itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin.
Akaun palsu tersebut menggunakan foto orang lain dan menghantar mesej hin4an terhadap Bella Astillah.
Dia turut berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar oleh individu tersebut.
” Hahaha gemuk macam b***, b***!,” tulis netizen berkenaan.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika individu berkenaan berterusan melakukan penghin4an terhadap Bella.
” Ini contoh kata-kata orang, kecil-kecil tak nak mamp#s, dah besar jadi attention seeker.
” Anda mahukan reaksi? Ini dia. Saya tak bergurau apabila bercakap tentang ini… berhenti ganggu isteri saya sebelum kami ambil tindakan undang-undang,” ujarnya.
Sementara itu menerusi IG Story Bella, beliau turut berkongsi perkara serupa bagi mengingatkan individu terbabit berhenti melakukan penghin4an.
Bella bersama Aliff dan anak mereka, Ayden Adrean.
Bella Astillah kini sedang hamil dan dijangka melahirkan cahaya mata perempuan pada Julai ini.
Pasangan ini kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam idah kira-kira Julai tahun lalu.
Bella dan Aliff pernah bercerai pada 16 Mei tahun lalu.
Mereka berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
via 1 MIN READ

0 Comments