BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.
Najib didakwa mendapatkan suapan RM42 juta apabila terbabit dalam keputusan bagi pihak kerajaan, dalam memberikan jaminan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.
Dia turut didakwa menerima RM42 juta hasil aktiviti haram yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya.
Sabit kesalahan, Najib boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.
-------------------------------------------------------------------
2.20 petang: Prosiding bermula
2.18 petang: Datuk Seri Najib Razak memasuki bilik mahkamah
1.10 tengah hari: Puluhan penyokong Datuk Seri Najib Razak berkumpul dan melaungkan 'Bubar Parlimen' serta 'Hidup Bossku' di hadapan pintu utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Puluhan penyokong Datuk Seri Najib Razak berkumpul dan melaungkan 'Bubar Parlimen' serta 'Hidup Bossku' di hadapan pintu utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. pic.twitter.com/IwE1hioPNK
— Berita Harian (@bharianmy) July 28, 2020
1 tengah hari: Keadaan semasa di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tenang walaupun selepas mahkamah memutuskan Datuk Seri Najib Razak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International.
12.50 tengah hari: Datuk Seri Najib Razak dibawa ke bilik saksi bersebelah bilik mahkamah.
Beliau akan terus berada dii sana sehingga prosiding bersambung petang ini dan tidak dibenarkan keluar.
Makanan akan dibawa kepada beliau dan turut dibenarkan solat.
12.50 tengah hari: Mahkamah Tinggi bersambung pada jam 2 petang bagi mendengar hujahan lanjut sama ada rayuan bagi meringankan hukuman boleh ditangguhkan kepada tarikh lain selepas sabitan
12.36 tengah hari: Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaram membantah permohonan peguam bela Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukuman kepada Isnin depan.
Beliau berkata, penangguhan hanya diberikan selepas hukuman diberikan dan bukannya penangguhan bagi sabitan.
Hujahan kedua-dua belah pihak masih berlangsung.
12.20 tengah hari: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon mahkamah untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukuman.
12.12 tengahari: Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bagi tiga tuduhan pecah amanah.- Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
11.25 pagi: Bagi pembelaan Najib yang mendakwa tandatangan beliau dipalsukan, persoalan ialah siapa yang mempunyai keberanian berbuat demikian - Hakim.
11.20 pagi: Keterangan di mahkamah mengesahkan ahli perniagaan Jho Low terbabit mengeluarkan arahan mengenai urusan akaun bank Najib kepada pegawai bank - Hakim.
11.08: pagi: Kereta peronda polis tiba di pintu hadapan Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Polis membuat pengumuman menggunakan pembesar suara supaya individu di sekeliling premis terbabit mematuhi SOP, khususnya penjarakan sosial bagi mengekang COVID-19.
Ketibaan kereta peronda polis itu dipercayai susulan sikap kebanyakan individu yang hadir di luar kompleks mahkamah gagal mematuhi aspek penjarakan sosial, selain tidak memakai pelitup muka.
11.01 pagi: Selepas menimbangkan semua keterangan, saya dapati pembelaan tidak berjaya menangkis atau menimbulkan keraguan bagi tuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM terhadap tertuduh - Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
10.18 pagi: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan mula membacakan penghakiman dalam bahasa Inggeris.
10.17 pagi: Mahkamah Tinggi Jenayah 3 mula bersidang.
10.01 pagi: Arahan mula diberikan supaya semua yang berada dalam di mahkamah untuk meletakkan telefon bimbit dalam mod senyap menandakan prosiding akan bermula pada bila-bila masa.
9.57 pagi: Najib memasuki mahkamah.
9.50 pagi: ANAK lelaki dan anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Norashman dan Riza Shahriz Abdu Aziz hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
9.40 pagi: Barisan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaram memasuki mahkamah.
9.33 pagi: Barisan peguam bela Datuk Seri Najib Razak memasuki bilik mahkamah.
9.30 pagi: Seramai 10 wartawan mula memasuki bilik mahkamah.
9.26 pagi: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.
9.26: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. pic.twitter.com/rKsQIWcKjU
— Berita Harian (@bharianmy) July 28, 2020
9.20 pagi:
9.19 pagi:
9 pagi: Beberapa penyokong Datuk Seri Najib Razak hadir sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
9 pagi: Beberapa penyokong Datuk Seri Najib Razak hadir sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu. pic.twitter.com/aeEDVGvJbS
— Berita Harian (@bharianmy) July 28, 2020
8.45 pagi:
8.34 pagi: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hadir bersama penyokong berbaju merah sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini.
TERKINI: Keputusan perbicaraan rasuah RM42 juta, Najib Razak
8.34 pagi: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hadir bersama penyokong berbaju merah sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini. pic.twitter.com/7E1M0ogtuN
— Berita Harian (@bharianmy) July 28, 2020
8.30 pagi:
8.12 pagi: Peguam dan Timbalan Pendakwa Raya mula dibenarkan masuk oleh petugas keselamatan.
TERKINI: Keputusan perbicaraan rasuah RM42 juta, Najib Razak
8.12 pagi: Peguam dan Timbalan Pendakwa Raya mula dibenarkan masuk oleh petugas keselamatan. pic.twitter.com/cTOXb7PKYl
— Berita Harian (@bharianmy) July 28, 2020
Orang kenamaan atau VIP tidak dibenarkan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mengikuti keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kes berkaitan SRC International Sdn Bhd.
7.20 pagi: Deretan kenderaan di pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini mulai sesak, namun dikawal polis dan anggota trafik.
TERKINI: Keputusan perbicaraan rasuah RM42 juta, Najib Razak
7.20 pagi: Deretan kenderaan di pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini mulai sesak, namun dikawal polis dan anggota trafik. pic.twitter.com/qIuN79dp5f
— Berita Harian (@bharianmy) July 28, 2020
7 pagi: Petugas media tempat dan luar negara mula berkumpul untuk memasuki kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hanya yang ada pas kebenaran dibenarkan masuk.
Petugas media turut berkumpul di kediaman Najib di Jalan Duta.
Penyokong bekas perdana menteri turut kelihatan mula berkumpul di luar kawasan mahkamah.
Sumber : LANGSUNG: Keputusan kes SRC Najib Razak
0 Comments