Prosiding kes Najib bersambung sebentar lagi

KUALA LUMPUR: Prosiding keputusan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC international Sdn Bhd akan bersambung di Mahkamah Tinggi, sebentar lagi.

Prosiding akan bersambung dengan mahkamah mendengar hujahan lanjut sama ada rayuan bagi meringankan hukuman oleh Najib boleh ditangguhkan beberapa hari selepas sabitan.

Jika mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding rayuan itu, hukuman ke atas bekas perdana menteri itu turut akan diputuskan pada tarikh lain.

Namun jika ditolak, rayuan akan didengar petang ini sebelum hukuman diputuskan



Sumber : Prosiding kes Najib bersambung sebentar lagi

Post a Comment

0 Comments