
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan angka kurang tepat berhubung pemberian bantuan untuk rakyat yang dikemukakan dalam perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata beliau menjangka Pejabat Perdana Menteri akan membuat pembetulan mengenai perkara itu.
"Mungkin saya boleh bagi nombor yang betul dalam dewan ini. Inisiatif tunai bagi pemandu teksi, pemandu pelancong dan bas ini semua RM110 juta.
"Bagi tunai secara sekali pemberian, iaitu RM500 kepada pemandu sepenuh masa e-hailing dan bagi teksi RM600, pemandu pelancong dan bas, seperti yang yang berhormat cakap tadi, RM22.7 juta membabitkan 37,100 penerima.
"(Peruntukan untuk) e-hailing pula RM34 juta untuk 68,300 penerima dan ada lagi yang tunggu bayaran, iaitu seramai 4,800 pemandu teksi kerana mereka baru nak memperbaharui kad pemandu.
"Pemandu bas pelancong, iaitu seramai 31,000 orang pula membabitkan peruntukan RM1.98 juta dan kita jangkakan bayaran untuk 30,000 pemandu bas sekolah akan dibayar pada 14 Ogos ini," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Berita selanjutnya menyusul.
Sumber : Menteri Kewangan jelaskan angka
0 Comments