KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah meluluskan 96.7 peratus atau 314,844 permohonan bagi Program Subsidi Upah, setakat kelmarin, kata Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Beliau berkata, sejak Program Subsidi Upah diperkenalkan pada 1 April lalu hingga kelmarin, pihaknya telah menerima 325,506 permohonan daripada majikan yang mewakili 2.66 juta pekerja.
"Kebanyakan aduan majikan yang sampai kepada saya adalah berkenaan bayaran subsidi yang masih belum dikreditkan.
"Aduan lain termasuklah terkurang atau terlebih bayaran serta rayuan terhadap permohonan yang ditolak," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Dalam menangani masalah dihadapi majikan, beliau berkata, PERKESO mengambil langkah menubuhkan pasukan petugas untuk menyelesaikan isu permohonan yang ditolak dan mengadakan perbincangan dengan pihak bank berhubung Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN). – BERNAMA
Sumber : Program Subsidi Upah: 96.7 peratus permohonan sudah diluluskan
0 Comments